Pelbagai kemudahan asas yang terdapat di Felda Chini Timur. Contoh kemudahan asas yang terdapat di Felda Chini Timur adalah masjid , perhentian bas, dan stesen minyak. Disini juga terdapat kemudahan perbankan. Terdapat ejen bank berdaftar BSN dan mesin ATM/CDM. Kemudahan ini memudahkan penduduk di Felda Chini Timur untuk melakukan sebarang transaksi keluar dan masuk wang ke dalam akaun bank. Selain itu penduduk juga boleh membuat pembayaran bil melalui bank. POS Mini juga terdapat di Felda Chini Timur. Ini lebih memudahkan lagi bagi penduduk untuk membuat penghantaran barang luar dari kawasan Felda Chini Timur dan juga membuat pembayaran bil serta menghantar surat.
ATM/CDM BANK RAKYAT

MASJID AL-HIDAYAH

STESEN MINYAK SMART

KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI
