mcmc
Laporan Aktiviti

AKTIVITI BULAN MEI 2021

AKTIVITI MEMBUAT SAMPUL DUIT RAYA 2021

 

Tarikh       : 8 Mei 2021

Masa         : 9.00 pagi

Tempat     : PIK Felda Chini Timur 2

Tujuan      :

Meraikan sambutan aidilfitri yang bakal tiba bersama kanak-kanak disamping dapat mengasah kemahiran dalam mewarna serta dapat meningkatkan kreativiti dari masa ke semasa.

 

GOTONG-ROYONG BULANAN @ PIK FELDA CHINI TIMUR 2

Tarikh       : 23 Mei 2021

Masa         : 9.00 pagi – 6.00 petang

Tempat     : PIK Felda Chini Timur 2

Tujuan      :

Membuat pembersihan bulanan di dalam dan di luar bangunan Pusat Internet Komuniti Felda Chini Timur 2.

Aktiviti pembersihan seperti membuang habuk di dalam Pusat Internet terutamanya di belakang PC, atas perabot, dinding dan belakang perabot, mencuci longkang yang berlumut, serta membuang rumput di kawasan bahagian taman mini di hadapan PIK.

Suasana yang bersih di dalam dan luar kawasan PIK menarik pengguna untuk datang dan menggunakan perkhidmatan di PIK.

 

MYHEALTH (WALK-IN) @PIK FELDA CHINI TIMUR 2

Tarikh       : 28 Mei 2021

Masa         : 10.00 pagi

Tempat     : PIK Felda Chini Timur 2

Tujuan      :

Memeriksa kandungan gula dalam darah bagi pengguna yang datang secara ’walk-in’

Beberapa orang wanita yang datang secara ‘walk-in’ diberi penerangan untuk memeriksa kesihatan di PIK dalam program MYHealth dan mereka mahu memeriksa kandungan gula dalam darah.