mcmc
Laporan Aktiviti

AKTIVITI BULAN OKTOBER 2021

KARNIVAL PENJANAKERJAYA PERKESO 2021

Tarikh      :   23 & 24 Oktober 2021

Masa        :   9.00ptg – 6.00ptg

Tempat    :   PIK Felda Chini Timur 2

Tujuan

Program ini bertujuan membantu warga tempatan memohon peluang pekerjaan dengan syarikat yang terlibat. Pihak Perkeso mengadakan karnival temuduga secara dalam talian dengan beberapa syarikat-syarikat di Malaysia melalui PIK Felda Chini timur 2 dan PIK terpilih seluruh Negeri Pahang. Pemohon pekerjaan boleh memohon pekerjaan secara atas talian dan terus ditemuduga oleh syarikat di PIK atau di rumah mengikut kesesuaian masing-masing.

 

GPW KLIK DENGAN BIJAK @ PIK

Tarikh      :   23 & 24 Oktober 2021

Masa        :   9.00ptg – 6.00ptg

Tempat    :   PIK Felda Chini Timur 2

Tujuan

Aktiviti-aktiviti santai bersama GPW bagi mengeratkan hubungan antara komuniti dan Petugas PIK. Aktiviti yang dijalankan sebagai pertandingan seperti mencanting batik, musang berjanggut, teka silang kata dan mewarna diadakan secara berkumpulan dan juga individu. Pemenang dan hadiah diumumkan di akhir majlis.

 

PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN USAHAWAN DIGITAL PERINGKAT PIK FELDA CHINI TIMUR 2

Tarikh      :   29 Oktober 2021

Masa        :   3.00ptg – 6.00ptg

Tempat    :   PIK Felda Chini Timur 2

Tujuan

Mengumumkan pemenang dan menyampaikan hadiah kepada peserta Usahawan Digital 2021 yang terlibat sepanjang jualan pada bulan Ogos dan September 2021 . Petugas mengumumkan Siti Zaira sebagaai pemenang dan layak ke peringkat negeri dan meneruskan pertandingan Oktober dan November 2021. Pertandingan ini memberi semangat kepada usahawan untuk meneruskan perniagaan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih baik dari sebelum ini.