
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
📢 Hebahan Jemputan ke Bazar Ramadan Tasik Abu Bakar, Pekan, Pahang
Warga Pekan dijemput untuk memeriahkan Bazar Ramadan Tasik Abu Bakar, Pekan, Pahang sempena Program Kempen Internet Selamat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti di sekitar Pekan mengenai bahaya penyalahgunaan media sosial serta ancaman jenayah siber.
📍 Lokasi: Bazar Ramadan Tasik Abu Bakar, Pekan, Pahang
📅 Tarikh: 7 Mac 2026 (Sabtu)
🕒 Masa: 3:00 – 7:00 petang
Majlis ini turut akan dihadiri oleh YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal, EXCO Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.
🎁 Istimewa untuk pengunjung!
Sebanyak 500 unit Kit Ramadan akan diagihkan kepada 500 pengunjung pertama yang hadir.
Marilah kita bersama-sama hadir memeriahkan bazar Ramadan ini sambil menyokong peniaga tempatan serta mendapatkan maklumat berguna berkaitan keselamatan Internet.
Jumpa di sana! ✨