mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan_2020 Azni Suhaina

Nama : Azni Suhaina binti Abu Samah

Umur  : 42 Tahun

Ahli     : 2020

 

Latar Belakang

Puan Azni Suhaina binti Abu Samah berusia 42 tahun. Beliau seorang Pembantu Am di Sekolah Menengah Kebangsaan Chini Timur.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas dan program yang diadakan di pusat internet, Puan Azni hanya membuat jualan dalam kawasan setempat sahaja. Hebahan hanya tersebar di kawasan setempat dan komuniti di kawasan Felda Chini sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Dengan menyertai kelas dan bengkel yang diadakan , Puan Azni dapat memperluaskan lagi hebahan dan iklan tentang produk beliau. Puan Azni memberanikan diri untuk mengiklankan produk beliau di dalam platform Shopee.Produk yang di pasarkan di dalam Shopee mendapat sambutan dari orang ramai. Beliau dapat memasarkan produk ke seluruh Malaysia. Ini dapat membantu beliau menambahkan pendapatan keluarga.