mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT Nur Farah Aqilah

Kisah Kejayaan Celik IT

Nur Farah Aqilah Binti Razali

 

Latar belakang

Nur Farah Aqilah merupakan murid darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Felda Chini Timur 1. Adik Farah Aqilah mula menjadi ahli Pusat Internet Felda Chini Timur 2 pada 18 Disember 2014. Adik Farah menjadi di Pusat Internet  pada usia 5 tahun, ketika itu adik Farah masih lgi di peringkat Pra sekolah di SK Chini Timur 1.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet  ini, adik Farah tidak pernah menggunakan komputer. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas tertubuhnya Pusat Internet , ini memberi peluang kepada adik Nur Farah Aqilah untuk belajar menggunakan komputer dan juga mengisi masa lapang dengan sesuatu yang baru untuk dipelajari. Tiap-tiap hari minggu dan juga pada musim cuti sekolah kebanyakkan masa adik Farah banyak di habiskan di Pusat Internet 1 Malaysia dengan menghadiri kelas dan akttiviti yang diadakan di sini. Selain itu, kita juga dapat melihat peningkatan dari segi pembelajaran yang ketara di sekolah. Adik Farah dapat membaca dengan lancar dan juga mengira nombor dengan betul.