mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Kuarter 2 2017

 

Kisah Kejayaan Celik IT

Nama : Nur Jalidah Binti Azmanizam

Latar Belakang

Nur Jalidah binti Azmanizam berusia 8 tahun merupakan seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Felda Chini Timur 1. Adik Jalidah amat berminat belajar menggunakan komputer dan internet. Adik Jalidah telah menjadi ahli Pusat internet semenjak umurnya 5 tahun.

 

Sebelum penggunaan ICT

Sebelum mempelajari penggunaan komputer di Pusat Internet, adik Jalidah tidak pernah menggunakannya dab tidak tahu cara penggunaan komputer. Selain itu pelajaran adik Jalidah juga kurang baik berbanding sekarang. Adik Jalidah tidak begitu mengingati apa yang di pelajarinya di sekolah.

 

Selepas penggunaan ICT

Selepas belajar menggunakan komputer/internet pelajaran adik jalidah bertambah baik dan bagus. Adik Jalidah juga lancar membaca ABCD dan 123. Adik Jalidah dapat menyusun huruf dan nombor pada kedudukan  yang betul. selain itu dia juga pandai mengeja perkataan.

         

Kelas E-learning