mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 2026

NamaMUHAMMAD FURQAN HIJAZI BIN MOHD HIJAZIUmur11 tahun
EmailNo. Telefon
Alamat218 FELDA CHINI TIMUR 1, 26690 PEKAN, PAHANGTahun menjadi Ahli NADI2025

Latar belakang

Muhammad Furqan merupakan cucu kepada peneroka yang menetap di dalam rancangan Felda Chini Timur. Adik Furqan berumur 11 tahun dan merupakan seorang pelajar SK FELDA Chini Timur 1. Adik Furqan mula menjadi ahli NADI pada tahun 2025. Dia juga amat meminati bidang perniagaan.

Sebelum penglibatan NADI

Sebelum hadir ke NADI adik Furqan tidak pernah tahu cara perniagaan yang betul. Adik Furqan hanya menjual tanpa merekodkan jualan harian. Hal ini menyebabkan adik Furqan tidak mengetahui jumlah keuntungan dan kerugian sepanjang jualannya. Adik Furqan mengambil keputusan untuk menyertai kelas usahawan cilik yang disediakan oleh NADI untuk menambahkan lagi ilmu perniagaan beliau.

Selepas penglibatan NADI

Setelah beberapa minggu adik Furqan hadir ke NADI untuk mengikuti kelas keusahawanan, akhirnya adik Furqan lebih terbuka tentang ilmu keusahawanan. Adik Furqan juga dapat mengetahui keuntungan atau kerugian sepanjang jualannya. Kini adik Furqan lebih faham dan mampu mengendalikan perniagaannya dengan lebih teratur.

Kelas usahawan cilik yang dihadiri oleh adik Furqan