KISAH KEJAYAAN Q2 2026
| Nama | AHMAD NAUFAL BIN ISHAK | Umur | 25 tahun |
| naufalaryanramadhan@gmail.com | No. Telefon | – | |
| Alamat | 397 FELDA CHINI TIMUR 1, 26690 PEKAN, PAHANG | Tahun menjadi Ahli NADI | 2017 |
Latar belakang
Ahmad Naufal bin Ishak merupakan anak peneroka yang menetap di Felda Chini Timur. Beliau merupakan ahli NADI dan aktif menyertai pelbagai kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh NADI sejak tahun 2017. Beliau menjalankan perniagaan kraftangan seperti bouquet , keychain dan bunga dalam pasu menggunakan pipe cleaners serta pelbagai hasil kraftangan kreatif yang lain.
Sebelum Penglibatan NADI
Sebelum menyertai kelas keusahawanan di NADI, Ahmad Naufal menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan berdasarkan minatnya dalam menghasilkan produk kraftangan. Bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan perniagaan, beliau aktif menyertai kelas keusahawanan seperti Perancangan Perniagaan & Perancangan Kewangan serta Pemasaran & Operasi Perniagaan yang dianjurkan oleh NADI.
Selepas Penglibatan NADI
Selepas mengikuti pelbagai kelas keusahawanan di NADI, Ahmad Naufal memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam mengenai perancangan perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran serta operasi perniagaan. Ilmu yang diperoleh membantu beliau mengurus perniagaan dengan lebih sistematik, merancang strategi pemasaran yang lebih berkesan serta mengembangkan jualan produk kraftangannya seperti bouquet pipe cleaners, keychain dan pelbagai produk kreatif lain.



Kelas usahawan yang dihadiri oleh Naufal di NADI


Antara produk yang dijual oleh Naufal