mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Pn Normariani Harun

Kisah Kejayaan Usahawan

Puan Normariani Binti Harun

 

Latar belakang

Pn. Normariani binti Harun berusia 53 tahun, seorang penerokawati di Felda Chini Timur 1. Pn Normariani ialah pengusaha Craft City One Enterprise.

 

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum mempelajari kegunaan komputer, produk saya hanya dipasarkan pada pembekal . Tiada promosi yang dilakukan di laman sosial. Malahan hanya pihak-pihak yang tertentu sahaja yang mengetahui tentang produk ini. Walaupun sebelum ini, produk Craft City One Enterprise telah di export ke luar negara tetapi rakyat Malaysia kurang mengetahui tentang produk kraftangan ini. Pembekal yang mengambil barang hanya mengesport ke luar negara.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI

Apabila promosi telah di jalankan di dalam laman sosial, rakyat Malaysia serta komuniti setempat mula mengenali produk ini. Pihak Craft City One Enterprise menerima pelbagai tempahan untuk pelbagai jenis majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, majlis keraian di sekolah dan sebagainya. Tempahan yang diterima juga makin meningkat.