mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NADI MAC 2026

Open Tuition Matematik Tingkatan 1

Tarikh: 2 Mac 2026
Masa: 3.30 petang hingga 4.30 petang
Tempat: NADI Felda Chini Timur 2
Peserta: Pelajar

Tujuan : Untuk membantu pelajar memahami Matematik dengan lebih mudah, meningkatkan prestasi akademik serta membina minat dan keyakinan dalam pembelajaran

Aktiviti : Peserta menyertai webinar secara atas talian.

Bazar Raya NADI

Tarikh: 14 Mac 2026
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: NADI Felda Chini Timur 2
Peserta: Komuniti Setempat

Tujuan : Program Bazar NADI diadakan untuk memberi peluang kepada komuniti setempat menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan, di samping memupuk semangat berniaga serta mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk. Program ini juga bertujuan memperkenalkan peranan NADI sebagai pusat pembangunan komuniti yang aktif dan menyokong ekonomi setempat.

Aktiviti :  Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Bazar NADI adalah jualan makanan , jualan barangan keperluan dan produk tempatan, serta penyertaan usahawan kecil dalam mempromosikan produk mereka kepada orang ramai. Selain itu, turut diadakan aktiviti sampingan seperti cabutan bertuah pertandingan mewarna dan sebagainya.

Kelas dan Aktiviti Bulan Mac

Tarikh: Minggu 1 sehingga Minggu 4
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari / 3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat: NADI Felda Chini Timur 2
Peserta: Pelajar Sekolah dan Komuniti Setempat

Kelas dan Aktiviti :

  1. Tiny Techies : Ulangkaji Microbit dan Robotik | 7 Mac 2026
  2. KIS : Komunikasi Sihat Di Alam Siber | 7 Mac 2026
  3. Dilea : Open Tuition Sains | 12 Mac 2026
  4. Esport : Suara di Pentas , Realiti Sebalik Tabir | 26 Mac 2026
  5. Kidventure : Edidi Mula Bisnes | 29 Mac 2026