mcmc
Makanan

Makanan

Industri makanan kini berkembang pesat. Pelbagai makanan seperti kerepek telah dikeluarkan oleh penduduk tempatan yang semakin kreatif dalam setiap penghasilan sesuatu produk. Morlina Enterprise telah beroperasi hampir 20tahun bermula secara kecil kecilan di rumah sehingga memiliki sebuah kedai di Felda Chini 3. Pelbagai makanan segera dikeluarkan seperti kerepek, karipap mini, serunding, popia simpul, popia nestum dan banyak lagi.

Makanan segera seperti kerepek telah mendapat permintaan yang tinggi bukan sahaja di Pahang, malah Morlina Enterprise turut melebarkan perniagaannya sehingga ke Melaka, Terengganu, dan juga Kelantan. Makanan Morlina Enterprise juga turut dihantar ke pasaraya-pasaraya besar seperti Pasaraya Tunas Manja. Morlina Enterprise juga merupakan salah satu perniagaan yang diteraju oleh ahli keluarganya sendiri. Permintaan yang tinggi terhadap keluaran makanannya membuatkan Morlina Enterprise memerlukan tambahan tenaga kerja bagi melancarkan tempahan dari pelbagai pihak. Kini, Morlina Enterprise telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan terlibat secara langsung dalam Karnival Usahawan Desa (KUD) pada setiap tahun.