mcmc
Pendidikan

Pendidikan

Walaupun Tanah Rancangan Felda Chini Timur terletak di kawasan luar bandar, pendidikan juga menjadi satu keutamaan bagi penduduk di kawasan ini. Di tanah Rancangan Felda Chini Timur terdapat pelbagai jenis sekolah yang didirikan oleh pihak kerajaan untuk membantu anak-anak penduduk disini menimba ilmu pengetahuan. 

 

Antara sekolah yang terdapat di kawasan Felda Chini Timur ialah :-

          – Sekolah Kebangsaan (LKTP) Felda Chini Timur 1

          – Sekolah Kebangsaan (LKTP) Felda Chini Timur 2 & 3

          – Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chini Timur

 

Selain daripada itu, terdapat juga sekolah aliran agama untuk pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Antara sekolah Agama yang terdapat disini ialah :-

            – Sekolah Agama Rakyat Felda Chini Timur 1

            – Sekolah Agama Rakyat Felda Chini Timur 2

            – Sekolah Agama Rakyat Felda Chini Timur 3

Selain daripadaiitu tidak dilupakan juga pendidikan awal kanak-kanak. Terdapat TABIKA anjuran KEMAS bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun-6 tahun. Antaranya ialah :-

            – TABIKA KEMAS Felda Chini Timur 1

            – TABIKA KEMAS Felda Chini Timur 2

            – TABIKA KEMAS Felda Chini Timur 3

Di samping itu terdapat juga Pusat PERMATA Negara untuk kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 4 tahun. Selain itu terdapat juga PDK untuk mendapat didikan dan tunjuk ajar supaya mereka boleh menjalani kehidupan seperti  insan yang lain.

 Pusat PERMATA Negara

 

PDK Bintang Hati

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHINI TIMUR

 

SK (LKTP) CHINI TIMUR 2 & 3

 

SK (LKTP) FELDA CHINI TIMUR 1