PERUSAHAAN KOTAK DAN BEG
Perusahaan Kotak dan Beg terletak di Felda Chini Timur 1. Perusahaan ini telah beroperasi melebihi 10 tahun dengan jumlah pekerja 15 orang (termasuk OKU pendengaran dan bisu). Keunikan dan seni halus yang dihasilkan dalam pembuatan Kotak dan Beg melalui anyaman menjadikan produk tempatan mendapat permintaan yang tinggi selain dilihat sebagai produk bermutu. Produk tempatan ini turut mendapat permintaan daripada individu-individu dari golongan kenamaan dan juga agensi agensi dari dalam dan luar negeri untuk dijadikan cenderahati kepada para tetamu kehormat dalam setiap majlis rasmi yang dilaksanakan.
Perusahaan Kotak dan Beg ini telah mewujudkkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sekaligus membuka peluang untuk para pekerja menyumbang kebolehan dan daya cipta yang kreatif dan inovatif. Perusahaan Kotak dan Beg ini juga telah mendapat pelbagai pengiktirafan hasil daripada perusahaan yang dijalankan.

