mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2020 MAIZATUL NASHIHIEN

Nama : Maizatul Nashihien

Umur  : 14 Tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Maizatul Nashihien berusia 14 tahun kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chini Timur. Adik Maizatul telah menjadi ahli Pusaat Internet Felda Chini Timur 2 dari umur 9 tahun.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum adik Maizatul menyertai kelas dan program yang diadakan, adik Maizatul hanya datang bersama kawan-kawan untuk menggunakan komputer untuk menggunakan youtube. Adik Maizatul hanya melihat kawan-kawannya menggunkan komputer sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas berkali-kali mengunjungi pusat internet bersama kawan-kawan, adik Maizatul berminat untuk belajar menggunakan komputer. Adik Maizatul mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Felda Chini Timur 2. Selepas itu, adik Maizatul telah menghadiri kelas dan program yang diadakan di sini.