mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2019 KEUSAHAWANAN – NIK HINZANI

NAMA   : Nik Hinzani bin Nik Ab Majid

UMUR   : 40 Tahun

AHLI      : 2019

 

Latar belakang

En Nik Hinzani Bin Ab Majid adalah seorang usahawan IKS yang menjual makanan seperti roti , Pizza dan kek.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai kelas dan bengkel latihan usahawan yang diadakan di Pusat Internet Felda Chini Timur 2 ini, beliau hanya mempromosikan produk ini ke kawasan setempat sahaja. Pendapatan bulanan yang beliau perolehi tidak begitu banyak dalam anggaran RM 500-RM 600

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas dan bengkel yang diadakan, perniagaan beliau bertambah maju. Permintaan pada produk makanan beliau juga sudah meningkat. Banyak tempahan yang diterima dari luar kawasan. Produk makanan (roti, pizza dan kek) juga telah di hantar ke luar  dari negeri Pahang. Pendapatan bulanan untuk beliau juga sudah meningkat dari sebelum ini.