mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet Felda Chini Timur 2

Pusat Internet (PI) Felda Chini Timur 2 merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia dalam merapatkan jurang digital masyarakat agar seiring dengan maklumat dunia terkini. Pusat Internet (PI) Felda Chini Timur 2 merupakan projek CBL Enhancment (fasa lima) di bawah bajet 2014 di mana SKMM,TM dan MSD menyediakan pelbagai perkhidmatan internet dan komputer untuk kegunaan masyarakat setempat. Pusat Internet ini mula beroperasi pada 4 November 2014 di mana ia diperkenalkan kepada masyarakat Felda Chini Timur 2 dan penduduk di kawasan sekitar secara rasminya. Kronologinya pada tahun 2008 pusat internet tidak lagi wujud kerana pada masa itu Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) yang bertempat di Perpustakaan Kg Dusun diwujudkan untuk memberi kemudahan internet dan komputer kepada masyarakat sekitar. Apabila perkembangan dan permintaan terhadap internet dan komputer bertambah, maka pada tahun 2014 PJL di naik taraf sebagai Pusat Internet 1Malaysia. Hal ini menunjukkan masyarakat Felda Chini Timur begitu memerlukan perkhidmatan internet dan komputer dalam memudahkan dan melancarkan lagi aktiviti seharian mereka. Bangunan yang menempatkan Pusat Internet Felda Chini Timur 2 ini adalah merupakan sebuah bangunan baru yang dibina di atas tanah milik Pejabat Koperasi Serbaguna Felda Chini Timur 2. Bangunan ini terletak di belakang Pejabat Koperasi Felda Chini Timur 2. Usahasama pihak SKMM,TM,MSD dengan  JKKR serta masyarakat Felda Chini Timur 2 banyak membantu dalam penubuhan Pusat Internet di Felda Chini Timur 2 ini. Sambutan yang positif serta kerjasama yang padu di kalangan masyarakat Felda Chini Timur 2 telah berjaya mewujudkan Pusat Internet 1Malaysia di sini untuk kemudahan mereka dalam menyelesaikan kerja seharian dan secara tidak langsung memberi impak positif kepada masa depan generasi muda di sini.